Polis kontijen Pahang menerusi laman akaun Facebook rasminya pada Selasa, telah memberikan maklumat tentang senarai jalan raya di beberapa daerah negeri itu yang terjejas dengan bencana banjir
Berikut adalah senarai jalan raya yang terlibat dengan banjir di sekitar daerah di negeri Pahang
Daerah Rompin
1- Jalan Kg Mentelong (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
2- Jalan Kg Denai (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
3- Jalan Kg But Lepas (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
4- Jalan Sg Mok (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
5- Jalan Mersing – Kota Tinggi (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
6- Jalan Mersing – Kluang (masih boleh dilalui oleh semua kenderaan)
7- Jalan Kg Jubau, Bukit Ibam (boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
8- Jalan Kg Lubuk Batu – Tun Razak (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
9- Kota Bahagia – Kg Meripoh (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
Daerah Maran
1- Jln Kg Bak-Bak (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)
2- Jln Ulu Luit (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)
3- Jln Kg Baru Jara, hadapan Kuil Marathandavar (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)
4- Jln Kg Baru Jara KM 68.5 (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)
5-Jln Maran – Jerantut KM 64 Kubur Cina (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)
6- Jln Maran – Jerantut KM 61.5 Simpang Lyana Tomyam (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)
Daerah Pekan
1- Jln Pekan – Nenasi KM16 (air melimpah & boleh dilalui oleh semua kenderaan)
2- Jln Pekan – Nenasi KM9 (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)
Daerah Kuantan
1- Jln Sg. Lembing / Sg. Charu KM28 (tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan)
2- Jln Kuantan – Gambang Batu 3 (kenderaan ringan diminta berhati-hati)
3- Hadapan Wisma Belia (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)
4- Jln Tok Sira hadapan Jabatan Kimia (boleh dilalui oleh semua kenderaan)
Sementara itu, media pada Selasa melaporkan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.
Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
Tuesday, 3 December 2013
Fire News:Banjir di Pahang 3 Disember 2013 : Senarai jalan raya terlibat
Posted on 00:49 by Unknown
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment