Wednesday, 18 December 2013
Fire News : Kereta terbakar, pemandu sempat lari
Posted on 16:35 by Unknown
SEREMBAN - Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandunya terbakar selepas dirempuh sebuah kenderaan lain di Jalan S2 B1, Seremban 2, berhampiran dengan sebuah stesen minyak, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang memandu bersendirian bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia terkejut sebaik sahaja keretanya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda dipandu seorang wanita.
“Pelanggaran itu menyebabkan kereta saya terbabas ke tepi jalan dan keluar asap tebal dari bahagian hadapan yang kemudiannya bertukar menjadi api.
“Saya bergegas keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan api sepenuhnya.
Wong berkata, dia difahamkan kejadian dipercayai berpunca daripada masalah enjin menyebabkan sistem kenderaan gagal berfungsi dengan baik sebelum terbakar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment