Monday, 2 December 2013

Fire Information : Latihan besar-besaran hadapi bencana bermula


KOTA SAMARAHAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat menjadi tuan rumah Latihan Khas Pasukan Operasi dan Tindak Balas Mekanisme (Ex Storm) Ke-11 untuk pengurusan bencana bertujuan untuk meningkatkan tahap perkhidamatan agensi berkaitan bagi menghadapi bencana pada skala besar.
Latihan tersebut dijalankan di sebuah bangunan kosong di sini pada 2 dan 3 Disember.

Menurut Pegawai Penguasa Kanan Operasi Yusri Basri, tujuan utama latihan tersebut diadakan adalah untuk menilai tahap tindak balas bomba serta agensi berkaitan ketika menghadapi bencana berskala besar.
“Latihan simulasi ini diadakan pada peringkat yang berbeza dan selain kebakaran, anggota yang terlibat juga akan menghadapi bencana lain seperti bangunan runtuh, bahan berbahaya (HAZMAT) serta kemalangan.

“Program ini melibatkan beberapa agensi termasuk bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kesihatan dan RELA yang melibatkan seramai 300 peserta,” ujar Yusri.
Beliau memberitahu, latihan tersebut juga bertujuan meningkatkan koordinasi dan komunikasi antara semua agensi terlibat kerana setiap agensi akan mempunyai peranan yang berbeza.

“Ini merupakan latihan yang pertama seumpama ini diadakan di sini (Kota Samarahan) dan ia merupakan latihan yang keempat pada tahun ini dan diadakan sejak tahun 2010.

“Latihan sebegini akan mengambil masa sehingga lapan jam dan kami menyediakan pasukan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kecemasan sewaktu sesi latihan,” katanya.
Di samping itu, beliau turut berpesan kepada para anggota yang terlibat supaya sentiasa mementingkan keselamatan semasa menjalankan latihan atau menghadapi situasi sebenar.

“Kami berharap latihan sebegini akan menjadikan kerjasama antara agensi yang terlibat lebih erat apabila berdepan dengan bencana sebenar nanti,” jelas Yusri.Read more: http://www.theborneopost.com/2013/12/03/latihan-besar-besaran-hadapi-bencana-bermula/#ixzz2mNeE4BjM

0 comments:

Post a Comment