BOMBA memberikan perkhidmatan yang terbaik walaupun terpaksa menyelamat di dalam saluran kembahan...
Imbasan Kembali...
KUCHING 13 Feb. - Seorang lelaki maut apabila kereta Proton Saga yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang saluran loji rawatan kumbahan berpusat sedalam 10 meter di Jalan Datuk Ajibah Abol, di sini pagi ini.
Mangsa, Paul Primus, 25, yang berasal dari Johor Baharu meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas di dalam lubang saluran yang dipenuhi air.
Bagaimanapun dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu, seorang rakan mangsa yang tidak diketahui identitinya terselamat selepas bertindak memecahkan cermin kereta.
Dia kemudiannya dikeluarkan daripada lubang saluran yang masih dalam pembinaan itu oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Bomba juga terpaksa mengepam air di dalam lubang berkenaan sebelum kereta yang dipandu mangsa dikeluarkan.
Menurut saksi kejadian, Effiz Kamil, 24, kereta yang dipandu mangsa datang dari Jalan Haji Taha menuju ke pusat bandar raya sebelum terbabas.
Katanya, sewaktu kejadian, dia dan seorang rakan sedang baharu selesai mengemas meja dan kerusi di warung tempatnya bekerja.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Paul dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebaik melalui selekoh tajam di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan polis masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - UTUSAN
0 comments:
Post a Comment