Tuesday, 17 December 2013
Fire News : Mandur ladang maut kemalangan
Posted on 23:20 by Unknown
DUNGUN: Seorang mandur ladang TDM Plantation Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 82, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Kampung Talang, Bukit Besi, di sini, pagi tadi.
Kemalangan kira-kira jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa, Baderi @ Nazri Mohamad, 42, yang tinggal di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan Padang Pulut dalam perjalanan ke tempat kerjanya di ladang TDM AMBS.
Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan meninggal di Hospital Dungun, kira-kira jam 9.30 pagi.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kanan jalan selepas melalui satu selekoh tajam di tempat kejadian.
Berikutan itu kereta mangsa dirempuh sebuah Perodua Alza yang dipandu Ummi Fardhatu Akhmal Mamat, 25, seorang kakitangan sebuah bank di Kuala Terengganu bersama anaknya Muhammad Iman Al Quyyum Mohd Fadzil, 2, yang datang dari arah bertentangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment